.::. MAHASISWA PEDULI .::.

Klik pada gambar untuk ke
Laman Web Rasmi UMP

"Yassiru wala tu'assiru...

bashsyiru wala tunaffiru"


Permudahkan jangan menyusahkan,

gembirakan jangan menyedihkan...

Monday, January 25, 2010

MENGAPA PERLUNYA PEMIMPIN YANG CEMERLANG?

Kepimpinan adalah satu tanggungjawab. Ia adalah amanah yang wajar didokong oleh setiap pemimpin. Mengapa kita perlu pemimpin yang cemerlang? Apakah definisi cemerlang dalam kepimpinan?

Sebenarnya, kecemerlangan seseorang pemimpin itu harus dilihat dari 3 aspek berbeza. Tidak kira pemimpin itu dari mana-mana bangsa sekalipun, juga menganut apa-apa agama sekalipun, kecemerlangan dalam kepimpinan harus meliputi aspek akademik, akhlak dan juga sosial.

Seseorang pemimpin haruslah dipilih dari golongan bijak pandai. Jika kita mengimbau sejarah lampau, ramai cendekiawan juga tokoh-tokoh yang menjadi pemimpin. Seseorang pemimpin itu juga harus mempunyai akhlak yang baik dan sifat-sifat yang terpuji. Sentiasa merendah diri dan tidak bongkak. Begitu juga dengan hubungan sosialnya. Baik kaya atau miskin, sempurna mahupun cacat, setiap keluhan rasa dan cadangan serta kritikan semuanya dilayan dengan baik. Adalah tidak lengkap kepimpinan seseorang itu andai dirinya tidak dapat menerima kritikan dan hanya mengikut sudat pandangannya sahaja.

2 comments:

  1. jum pegi sini http://mechanicalfiles.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Masalahnya pemimpin di ump x mngambil tindakan ke ats kebajikan plajar fkm dn fkee..mereka sgt mnderita..turunlah pdg..

    ReplyDelete