.::. MAHASISWA PEDULI .::.

Klik pada gambar untuk ke
Laman Web Rasmi UMP

"Yassiru wala tu'assiru...

bashsyiru wala tunaffiru"


Permudahkan jangan menyusahkan,

gembirakan jangan menyedihkan...

Monday, January 25, 2010

MENGAPA PERLUNYA PEMIMPIN YANG CEMERLANG?

Kepimpinan adalah satu tanggungjawab. Ia adalah amanah yang wajar didokong oleh setiap pemimpin. Mengapa kita perlu pemimpin yang cemerlang? Apakah definisi cemerlang dalam kepimpinan?

Sebenarnya, kecemerlangan seseorang pemimpin itu harus dilihat dari 3 aspek berbeza. Tidak kira pemimpin itu dari mana-mana bangsa sekalipun, juga menganut apa-apa agama sekalipun, kecemerlangan dalam kepimpinan harus meliputi aspek akademik, akhlak dan juga sosial.

Seseorang pemimpin haruslah dipilih dari golongan bijak pandai. Jika kita mengimbau sejarah lampau, ramai cendekiawan juga tokoh-tokoh yang menjadi pemimpin. Seseorang pemimpin itu juga harus mempunyai akhlak yang baik dan sifat-sifat yang terpuji. Sentiasa merendah diri dan tidak bongkak. Begitu juga dengan hubungan sosialnya. Baik kaya atau miskin, sempurna mahupun cacat, setiap keluhan rasa dan cadangan serta kritikan semuanya dilayan dengan baik. Adalah tidak lengkap kepimpinan seseorang itu andai dirinya tidak dapat menerima kritikan dan hanya mengikut sudat pandangannya sahaja.

Apa itu kepimpinan? (siri 3)

APA ITU 3 K ?
• K = KEPERCAYAAN
• K = KUALITI
• K = KEYAKINAN
• PEMIMPIN TERBAIK
• • Fasilitator
• Linker/Networking
• Jurulatih
• Motivator/Communicator
• Kordinator
• Kaunselor Penyelesai masalah
• Sumber maklumat/rujukan
• Pembina budaya ilmu

Apa itu kepimpinan? (siri 2)

• CIRI LAZIM SEORANG PEMIMPIN
• BERFIKIRAN JAUH(FUTURISTIK)
• JUJUR
• MAHIR BERHUBUNG
• SENANG DIDEKATI
• BERTANGGUNG JAWAB
• Bersemangat = ada cita-cita, tabah , tekun, berdaya usaha, hasrat untuk berjaya.
• Jujur =boleh dipercayai, bersikap terbuka.
• Boleh mendorong orang lain untuk mencapai tujuan atau matlamat.
• Yakin diri = sangat percaya kepada kebolehan diri.
• Pintar = tahu bidang tugas yang diamanahkan.
• Kreatif = boleh mencipta idea-idea baru dan berguna.
• Fleksibiliti= pandai sesuaikan diri mengikut keperluan situasi dan masa.
• • Seimbang mental
• Berkebolehan dan cekap
• Mahir berkomunikasi
• Matang
• Bermotivasi tinggi
• Mahiran mengurus
KUALITI PEMIMPIN
• • Adil
• Tinggi ilmu
• Taat kepada Allah SWT
• Akhlak yang tinggi
• Tabligh
• Amanah
• Bijaksana
• Berani
• Sempurna pancaindera
CIRI PEMIMPIN YANG BAIK MENURUT ISLAM
• IMEJ DAN PENAMPILAN SEORANG PEMIMPIN
• Memiliki wajah ( air muka )yang menarik dan mudah tersenyum.
• Berpakaian kemas dan bersih.
• Berdiri dan berjalan dengan tegak dan bertenaga.
• Menjaga kebersihan diri, rambut tersisir rapi, kuku dan kulit yang bersih.
• 5. Bertutur dengan teratur dan bersopan.

Apa itu Kepimpinan? (siri 1)

Wan Halim Othman (2000)
• Pemimpin dianggap mengisi jawatan tertentu atau sebagai ketua secara rasmi.
• Kepimpinan kemahiran mempengaruhi tingkahlaku orang lain,mencapai matlamat & mengekalkan perpaduan.
• Pemimpin tidak semestinya mempunyai sifat kepimpinan.
• BEBERAPA DEFINISI KEPIMPINAN
• Koontz & O’Donnel
• Secara amnya semata-mata bermakna pengaruh, satu seni atau proses mempengaruhi orang lain supaya berusaha secara sukarela ke arah pencapaian matlamat bersama dan mengekalkan perpaduan.
• KONSEP KEPIMPINAN
• Seorang pemimpin boleh lahir dalam berbagai situasi – keluarga, organisasi dan masyarakat.
• Seorang pemimpin tidak lahir dengan bakat untuk memimpin.
• Pemimpin perlu dibentuk, dipupuk dan dilengkapi kemahiran tertentu.
• • Selalu digambarkan sebagai tokoh
• Pemimpin merujuk kepada seorang individu
• Kepimpinan cara memimpin.
• Walau bagaimanapun kisah pemimpin bermula sejak wujudnya manusia .
Kepimpinan
• PENGERTIAN KEPIMPINAN
• Keupayaan mempengaruhi serta meyakini orang lain untuk berusaha kearah sesuatu matlamat.
• Mendapatkan orang lain mengikut sesuatu yang dikehendaki.
• Mempengaruhi ahli kumpulan untuk mencapai cita-cita kumpulan.
• FUNGSI PEMIMPIN
• SESEORANG PEMIMPIN PERLU:
• Merancang aktiviti
• Menjadi tempat rujuk
• Menjadi lambang organisasi
• Menjadi model kepada ahli
• Meneruskan matlamat organisasi.
• Menyelesaikan masalah.
• Dapat membahagikan tugas ahli dengan adil.
• Dapat memberi penghargaan kepada ahli kumpulan.
• • Pemberi ganjaran dan denda
• Orang tengah (perunding)-urus konflik
• Simbol kelompok
• Role Model
• Biri-biri hitam (tempat dipersalahkan)
• Pembangunan kerjaya –peluang naik pangkat dan melanjutkan pelajaran.